adgroup1

Tuesday 30 October 2012

Promosi Konvokesyen Potraiture..


Kami ada menawarkan pakej photography untuk majlis konvokesyen kanak-kanak tadika di seluruh Terengganu. Kelebihan pakej kami adalah seperti berikut :-
  1. Kelengkapan studio dipasang di tadika
  2. Latarbelakang yang terkini.
  3. Skrol konvo disediakan.
  4. Ibubapa juga boleh bergambar dengan anak-anak masing-masing
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 019-9854001 atau emailkan ke snapyoufoto@gmail.com.

Terima kasih.

Sunday 21 October 2012

Promosi Akhir Tahun....Promosi Akhir Tahun...

Masih ada 3 kekosongan untuk bulan disember ini...CEPAT!...JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!... Hubungi segera talian 0199854001....:D

Thursday 11 October 2012

PROMOSI AKHIR TAHUN 2012...

PROMOSI AKHIR TAHUN....cepat...cepat...siapa cepat....dia dapat...5 pasangan terawal sahaja....Pakej istimewa dan terbaik sebagai penutup tahun 2012.  Hubungi Snapyoufoto Photography segera di talian 019-985 4001.  JANGAN LEPAS PELUANG INI...

Monday 30 July 2012

Tieya + Al Amin - 2 Jun 2012, Chendering

Selamat pengantin baru buat Tieya dan Al-Amin.. Semoga berbahagia selalu.

Resepsi Mohammad Noor + Tieyna - 2 Jun 2012, Chendering

Jierah + Jenal -26 Mei 2012, Jambu Bongkok, Marang

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Jierah dan pasangannya Jenal yang telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka di kampung Jambu Bongkok, Marang pada 2 Jun 2012 yang lalu.  Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Friday 11 May 2012

Tawaran Hebat Untuk Bakal Pelanggan..

Salam buat pengunjung web blog kami, didoakan anda semua berada dalam keadaan baik hendaknya.

Untuk makluman anda semua, saya (Asmadi Ali) kini telah dilantik sebagai wakil Majalah Raja Sehari Terengganu. 



Ini bermakna, anda semua berpeluang untuk masukkan gambar-gambar perkahwinan ke dalam Majalah Raja Sehari untuk diabadikan buat kenangan anda sendiri dan juga kawan-kawan serta saudara mara anda.  Tawaran ini hanya sah untuk pakej fotografi kami yang bernilai RM2000 ke atas sahaja.

Peluang ini juga terbuka kepada butik-butik pengantin yang ingin mempromosikan baju-baju pengantin  atau butik mereka dengan tawaran pakej yang menarik.  Jadi, jangan lepaskan peluang ini yer...




Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di 019-9854001 (Asmadi) SEGERA.

Monday 30 April 2012

Outdoor Fazlan & Su - 30 Mac 2012, K. Terengganu



Selamat pengantin baru buat Fazlan dan Su.  Terima kasih kerana sudi memberi kami peluang untuk shoot sesi outdoor mereka.  Sesi photoshoot yang sungguh menyeronokkan.

Terima kasih.

Mohd Syarifuddin & Lily - 16 Mac 2012, K. Terengganu


Tahniah diucapkan kepada Mohd Syarifuddin (juga photographer) dan pasangan beliau Lily yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 16 Mac yang lalu.  Semoga mereka berdua beroleh kebahagiaan hingga ke akhirnya.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Snapyoufoto untuk hari bahagia mereka.

Hasniah & Mazlan - 11/3/2012, Kuala Berang, Terengganu


Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan Hasniah & Mazlan yang telah selamat melangsungkan majlis mereka pada 11 Mac 2012 yang lalu.  Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan dan mencapai kebahagiaan yang diimpikan.

Bagi pihak Snapyoufoto, diucapkan ribuan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

Suhaila & Rosnizam - 10/3/2011 ( Kg Pengkalan Maras, Terengganu)


Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai Suhaila dan Rosmizan.  Semoga pelamin yang dibina ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Bagi pihak pengurusan Snapyoufoto Photography Services, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kerana sudi menggunakan perkhidmatan photography kami.  Alhamdulillah, sepanjang sesi photography majlis ini semuanya berjalan dengan lancar hasil kerjasama baik yang diberikan oleh pasangan pengantin sendiri dan juga seluruh ahli keluarga.

Selamat Pengantin Baru.

Saturday 17 March 2012

Ezan & Syukri - 10 & 11 Mac 2012 (Felda Chalok Barat, Setiu)


Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Ezan dan Syukri yang telah selamat diijabkabulkan pada 10 Mac 2012 baru-baru ini di Felda Chalok Barat, Setiu.  Mudah-mudahan ikatan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Kami di Snapyoufoto Photography ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan ini kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

Lebih banyak gambar boleh dilihat di Facebook kami : Snapyoufoto Photography Services

Thursday 16 February 2012

Photographer...

 [CATATAN INI SEKADAR UNTUK MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA BAKAL PELANGGAN, MENGAPA HARGA PAKEJ FOTOGRAFI YANG DISEDIAKAN SEDEMIKIAN RUPA]
Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?

Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?

Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap photographer yang kamu pilih utk perkahwinan kamu?

Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu.. :)

Katakanlah photographer yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8x12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420

Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50

So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650

Total gadget ialah RM26280…

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500-RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?

Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?

Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya.........

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”… :)

Monday 13 February 2012

Mizan & Amy (6+10 Feb 2012) - Rhu Renggeh, Marang


Tahniah kepada Mizan & Amy yang telah selamat diijab kabulkan pada 6 Februari 2012 baru-baru ini di Masjid Terapung, Kuala Terengganu.  Kami mendoakan semoga kedua-dua pasangan ini akan dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Ilahi dan bahagia hingga ke anak cucu.

Terima kasih juga kami ucapkan kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik indah saat menjejakkan kaki ke alam rumah tangga.

Tahniah..