adgroup1

Monday, 13 February 2012

Mizan & Amy (6+10 Feb 2012) - Rhu Renggeh, Marang


Tahniah kepada Mizan & Amy yang telah selamat diijab kabulkan pada 6 Februari 2012 baru-baru ini di Masjid Terapung, Kuala Terengganu.  Kami mendoakan semoga kedua-dua pasangan ini akan dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Ilahi dan bahagia hingga ke anak cucu.

Terima kasih juga kami ucapkan kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik indah saat menjejakkan kaki ke alam rumah tangga.

Tahniah..

Sunday, 1 January 2012

Pertunangan Firdaus & Marhasiyah - Kg Paloh


Selamat bertunang kepada Firdaus dan Marhasiyah yang telah dilangsungkan majlisnya pada 31.12.2011 yang lalu.  Semoga sabar menanti hari disatukan keduanya. Insyaallah.  Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Album ini juga boleh dilihat di facebook kami Snapyoufoto Photography Services.

Outing 30.12.2011 - Penarik/Mangkok


Sekadar berkongsi gambar-gambar potret sewaktu outing pada petang jumaat yang lepas di pantai penarik dan mangkok setiu bersama dengan Helmi, Fadhil, Dean dan lain-lain.

Tuesday, 20 December 2011

Nik Nurhazirah & Firdhaus - 16 & 17 Disember 2011

Berlangsungnya majlis penyatuan dua hati di antara Nik Nurhazirah & Mohd Firdhaus di Kg Seberang Baruh Kuala Terengganu pada 16 & 17 Disember yang lalu. Majlis berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.  Kedua-dua pengantin ini sangat sporting walau pun pengantin lelaki pada mulanya agak malu-malu.  Keluarga pengantin juga sangat peramah dan ceria membuatkan kerja-kerja mengambil gambar berjalan dengan amat lancar.

Tahniah diucapkan kepada kedua pengantin ini semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan segala gambar yang kami rakamkan ini akan menjadi kenangan manis buat kalian berdua hingga ke akhir hayat.

Album ini juga boleh dilihat di Facebook kami iaitu Snapyoufoto Photography Services

Terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

Ayunni + Fazeril - 3.12.2011, Teluk Ketapang



Selamat Pengantin baru diucapkan kepada Ayunni dan Fazeril.  Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. 3.12.2011, Teluk Ketapang.  Terima kasih diucapkan kepada kedua pengantin kerana telah memberikan kerjasama yang disepanjang sesi photoshoot mereka.

Album ini juga boleh dilihat di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.148370151934939.25913.113813042057317&type=1#!/media/set/?set=a.148370151934939.25913.113813042057317&type=1

Friday, 25 November 2011

Sandra + Raziman - 19&20 November 2011, Raub Pahang


Snapyoufoto telah berpeluang berkunjung ke Kuala Medang, Raub Pahang pada 19&20 November 2011 yang lepas bagi sesi photoshoot majlis perkahwinan Sandra Santti (Sandra Ixora) dengan pasangan Mohd Raziman yang berasal dari Kelantan.  Alhamdulillah sesi photoshoot telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama kedua-dua pengantin dan juga ahli keluarga walau pun cuaca pada hari berkenaan agak kurang memuaskan.

Apa pun, kami di Snapyoufoto Photography ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan ini dan juga seluruh ahli keluarganya kerana memberikan peluang kepada kami menjadi jurugambar rasmi majlis mereka yang penuh gemilang itu.

Selamat Pengantin Baru buat Sandra + Raziman, semoga berkekalan hingga ke anak cucu.  Amin....

Thursday, 17 November 2011

Promosi...Promosi...Promosi...Pakej Fotografi..

Tempahan 2012 KINI DIBUKA!!. Tawaran potongan harga 10% untuk semua pakej yang ditawarkan. Tawaran ini sah bermula 16/11/2011 - 31/12/2011 sahaja. Buat tempahan pakej anda sekarang atau hubungi kami segera di talian 0199854001 (Madie) / 0133302389 (Ahmad) untuk maklumat lanjut.