adgroup1

Friday, 25 November 2011

Sandra + Raziman - 19&20 November 2011, Raub Pahang


Snapyoufoto telah berpeluang berkunjung ke Kuala Medang, Raub Pahang pada 19&20 November 2011 yang lepas bagi sesi photoshoot majlis perkahwinan Sandra Santti (Sandra Ixora) dengan pasangan Mohd Raziman yang berasal dari Kelantan.  Alhamdulillah sesi photoshoot telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama kedua-dua pengantin dan juga ahli keluarga walau pun cuaca pada hari berkenaan agak kurang memuaskan.

Apa pun, kami di Snapyoufoto Photography ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan ini dan juga seluruh ahli keluarganya kerana memberikan peluang kepada kami menjadi jurugambar rasmi majlis mereka yang penuh gemilang itu.

Selamat Pengantin Baru buat Sandra + Raziman, semoga berkekalan hingga ke anak cucu.  Amin....

Thursday, 17 November 2011

Promosi...Promosi...Promosi...Pakej Fotografi..

Tempahan 2012 KINI DIBUKA!!. Tawaran potongan harga 10% untuk semua pakej yang ditawarkan. Tawaran ini sah bermula 16/11/2011 - 31/12/2011 sahaja. Buat tempahan pakej anda sekarang atau hubungi kami segera di talian 0199854001 (Madie) / 0133302389 (Ahmad) untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 25 October 2011

Muhammad Noor & Na


Selamat pengantin baru kepada Muhammad Noor & Na.  Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.  Terima kasih diucapkan kerana sudi menggunakan perkhidmatan Snapyoufoto Photography.  Anda berdua memang best dan sangat berkerjasama semasa sesi photoshoot.

Sunday, 16 October 2011

Fotografi Fesyen


Alhamdulillah, semalam (15/10/2011) berpeluang untuk buat fesyen photoshoot bersama dengan model-model yang dibekalkan oleh Nazira Shabudin&Rahimi Aziz.  Seronok jugak disamping dapat praktis kemahiran fotografi yang ada sambil-sambil menambah kenalan photographer baru dan juga model-model baru.  semuanya very supporting...dan sememangnya best...

Monday, 3 October 2011

Wedding of Dr Farhana & Dr Anwar - 1/10/2011


Terkini sesi outdoor bersama pasangan Doktor yang sentiasa ceria dan kelakar.  Snapyoufoto crew berasa sangat seronok sewaktu shooting outdoor bersama mereka di sekitar Masjid Terapung, Kuala Terengganu pada 1/10/2011 yang lalu.  Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan ini kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik manis mereka ketika mulai menyusuri alam berumahtangga ini.  Didoakan semoga pasangan ini akan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amin.

Terima kasih juga kepada pozi catering kerana membuka peluang ini kepada snapyoufoto untuk bersama-sama menjayakan majlis pasangan Dr Anwar dan Dr Farhana ini.  Terima kepada semua yang terlibat (Cham Nikon & Ahmad Achang).

Monday, 26 September 2011

Collaboration dengan Pozi Catering pada 30/9 + 1/10/ 2011

Ini merupakan 1st collaboration antara Snapyoufoto Photography Services dengan Pozi Catering.  Hopefully semuanya berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan olehNya. Amin.